Sunday, July 17, 2011

Badan aku ektomorf ke mesomorf ke endomorf ek?


as-salam,

kali ni, aku nak share tentang kategori badan manusia. Dr. William H. Sheldon ( 1898 - 1977 ) seorang ahli psikologi dari Universiti Harvard mengkategorikan badan manusia ni kepada 3 iaitu ektomorf, mesomorf dan endomorf. jom kita lihat dengan lebih terperinci lagi ciri-ciri dia eh.


EKTOMORF
  1. bentuk fizikal tubuh badan yang kurus 
  2. kurang simpanan lemak
  3. berat rendah sebab tulang,sendi dan otot mereka kecil dan ringan
  4. nampak kurang sihat dan saiz yang agak tinggi kerana tulang kelihatan panjang dan otot-otot pula lambat berkembang
  5. kekurangan kekuatan untuk melakukan aktiviti berat
  6. fizikal tubuh seperti dada rata, bahu kecil dan sempit serta badan yang kurus sehingga menampakkan tulang tubuh 
  7. muka agak cengkung serta kulit juga tidak tahan panas
  8. sukan yang sesuai: pelari marathon dan trek, lompat tinggi dan badminton.
kuruih betul

MESOMORF
  1. tubuh badan yang paling ideal sekali, sederhana dan berotot.
  2. postur badan lebih menarik dan perkembangan otot lebih pesat dan besar daripada ektomorf. 
  3. dapat membina otot dengan lebih cepat dan kulit juga akan menjadi lebih tebal.
  4. mempunyai lebih kekuatan fizikal dan lebih bertenaga berbanding kategori lain.
  5. tubuh badan lebih berat kerana mempunyai simpanan jisim otot yang tinggi.
  6. fizikal bahu mereka yang lebih lebar berbanding pinggang.
  7. kelebihan individu mesomorf adalah kebolehan membina dan kemudian menurunkan berat badan kembali dengan efisien dan cepat.
  8. kebanyakan manusia di dunia nak tubuh badan macam ni tapi tak ramai yang mampu mencapainya.
  9. sukan yang sesuai: renang, gusti, bina badan, lumba lari, bola sepak

handsome. aku suka dia. chris evans. hero PUSH.

ENDOMORF 
  1. jenis bentuk badan yang bulat dan lembik seakan-akan buah pear. 
  2. fizikal tubuh lebih berisi di bahagian abdominal disebabkan lebihan lemak yang banyak tersimpan disitu. so, perut mereka agak buncit dan gendut. 
  3. kaki dan lengan pendek dan besar dan akan memberi kesan terhadap kelajuan pergerakan mereka.
  4. bahagian pinggang lebih lebar dari bahagian kaki dan menyebabkan mereka tidak stabil dan kerapkali terjatuh. 
  5. badan yang lembik dan gendut ini menandakan tiada perkembangan kekuatan otot yang berlaku, hanya penghasilan lemak yang banyak. 
  6. selera makan mereka tinggi dan kurang melakukan aktiviti senaman dan latihan yang kerap. nafsu makan yang tinggi akan melambatkan proses metabolism badan.
  7. mempunyai kepala yang berbentuk spiar dengan muka dan leher yang lebar.
  8. Kulit mereka halus dan licin. 
  9. Berat badan mudah bertambah namun sukar untuk mereka menurunkan berat kembali. 
  10. mempunyai potensi yang besar untuk menjadi obesity.
  11. sukan yang sesuai: sumo, judo, lontar peluru, rejam lembing. 
ni den taktaw nak describe apo.

so, anda kategori yang mana? hehe.
 sumber: SCRIBD
 



Thanks for reading. Suka, boleh like. Bagi pendapat, lagi best! :)

8 comments:

eqbalzack said...

salam,
berjaya juga abg eq singgah blog ni. maaf lewat sikit sebab abg eq sibuk kerja luar hari ni...

.izzati liyana. said...

@eqbalzack ok. tq abg eq.

nazirulhazwan~ said...

Fuh,muke dan body sy same cm dlm gmbr no.2 tu la.wakaka

Alisya said...

alisya ektomorf! tp takde la sampai cengkung..huhu

.izzati liyana. said...

@nazirulhazwan~ perasan! haha.

.izzati liyana. said...

@Alisya untung la kurusss.. -_______-

Namee Roslan said...

wah..baru tahu! tp badan saya sekeping. macam mana nih! idamkan perut 6pax. hahah

.izzati liyana. said...

@Namee Roslan cik namee mestilah ektomorf. susah tu nak 6pax. angkat berat tiap-tiap hari lah. :)

.Sepenuhnya hak milik Izzati Liyana Sabri.